Khamis, 29 Oktober 2015

Format Analisa Sistem ePelaporan

Pihak Jurulatih Utama telah mengedarkan Format Analisa bagi membantu sekolah untuk menyediakan analisa bagi Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk kegunaan Sekolah dan PPD. Sila klik Tapak Analisa untuk muat turun.

Khamis, 22 Oktober 2015

Laman Bantuan Teknikal untuk Sistem ePelaporan Program j-QAF

Pihak Jurulatih Utama memohon maaf atas ralat yang wujud pada Sistem ePelaporan pada tahun ini. Disebabkan kesuntukan masa, sistem yang dimurnikan tidak dapat diedarkan. Oleh itu pihak pembina sistem telah mewujudkan laman Bantuan Teknikal untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara teknikal berkenaan sistem secara berkala. Sebarang cadangan dan pertanyaan sila klik pada Borang Pertanyaan yang disediakan pada ruangan Hubungi Kami.

Khamis, 8 Oktober 2015

Makluman Terkini: Pengisian Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk Kutipan Oktober 2015

Untuk Perhatian semua Penyelaras Data Sekolah (Aliran Perdana dan Pendidikan Khas)

1.SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

a.Sistem ePelaporan Program j-QAF akan mengekalkan sistem versi yang digunakan di peringkat sekolah untuk kutipan Jun 2015 iaitu versi Patch_JUN05.




b.Sekiranya penyelaras data tidak mempunyai Sistem e-Pelaporan dan patch sistem terbaharu, ia boleh dimuat turun dari Blog http://epelaporanbpi.blogspot.my/ bahagian Muat Turun.

c.Kutipan Data e-Pelaporan Program j-QAF menggunakan data yang dikumpul dari data kutipan Jun 2015. Penyelaras Data Sekolah perlu menukar bulan Kutipan dari Jun ke Oktober sebelum mengisi Data bulan Oktober.

d.Untuk kutipan data bulan Oktober, semua model perlu diisi kecuali model PAFA.

e.Sila membuat semakan kepada Maklumat Guru agar ia adalah maklumat terkini terutama Opsyen Guru.

2.PENGUMPULAN DAN PENGABUNGAN DATA OKTOBER 2015    

a.Penyelaras Data Sekolah dan Jurulatih Daerah perlu mengasingkan data murid Perdana dan murid Pendidikan Khas (Kelas PPKI dan SKPK) sewaktu pengumpulan data dari peringkat sekolah dan daerah.

b.Data Pendidikan Khas akan diserahkan kepada Jurulatih Utama Pendidikan Khas di peringkat Kebangsaan.

3.BAHAN BANTUAN TEKNIKAL BERKENAAN SISTEM ePELAPORAN TERKINI    

a.Kepada semua pengguna sistem boleh mendapatkan Manual Pengguna Sistem yang terkini di ruangan Muat Turun,  selain boleh mendapatkan bantuan di ruangan Bantuan Teknikal.


Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Jurulatih Daerah masing-masing.

Makluman dari
JUK ePEPLAPORAN PROGRAM j-QAF