Isnin, 25 Mei 2015

Maklumat Pengisian Data Dalam Sistem ePelaporan

SEMUA PENYELARAS DI DAERAH, SEKOLAH DAN KELAS.

Bagi tahun 2015, semua sekolah wajib lapor. Ini bermaksud semua SK, SJK, PPKI di SK, SKPK WAJIB LAPOR. Walaupun ada 1 murid Islam sahaja di sekolah berkenaan. Oleh itu, dalam Sistem ePelaporan terkini PATCH04, untuk kemaskini setiap MODEL PROGRAM j-QAF, TELAH DISEDIAKAN 3 MENU PILIHAN iaitu PERDANA, PPKI dan SKPK.

Untuk SK yang TIADA PPKI, klik PERDANA SAHAJA.

Bagi SK yang ADA PPKI, untuk kelas ALIRAN PERDANA, PENYELARAS KELAS ITU KLIK MENU PERDANA SAHAJA. JIKA PENYELARAS KELAS ITU MENGEMASKINI DATA PPKI, KLIK PPKI SAHAJA.

BAGI SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS (SKPK), MEREKA AKAN KLIK MENU PILIHAN SKPK SAHAJA.

Perlu diingatkan, untuk murid Aliran Perdana, item KBS diuji menggunakan M dan BM. Manakala bagi murid KHAS (PPKI dan SKPK), item penilaian menggunakan BM, Skala 1 – 5. SILA PATUHI ARAHAN INI.

YANG PALING PENTING, SILA KLIK HANYA BAHAGIAN YANG TERLIBAT DENGAN PELAPORN SEKOLAH ANDA SAHAJA, SILA BACA SEMUA NOTA MAKLUMAN PENTING YG TELAH DICATATKAN PADA SETIAP MENU PILIHAN DALAM SISTEM.

Makluman dari
JUK ePEPLAPORAN PROGRAM JQAF

Selasa, 19 Mei 2015

Patch Terkini Sistem ePelaporan Program j-QAF

Untuk makluman kepada Pengguna, pihak kami menyediakan Fail patch terkini iaitu Patch04 untuk membaiki ralat semasa proses import gabung data pd bahagian ujian Diagnostik Jawi dijalankan. Justeru kami telah mengeluarkan Patch04 untuk membaiki ralat berkenaan. Sila dapatkan Patch terkini di laman Muat Turun. Kepada pengguna yang sudah memasang Patch03, usah risau kerana ia tidak menjejaskan data yang sedia ada dalam sistem.