Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Format Analisa Sistem ePelaporan

Pihak Jurulatih Utama telah mengedarkan Format Analisa bagi membantu sekolah untuk menyediakan analisa bagi Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk kegunaan Sekolah dan PPD. Sila klik Tapak Analisa untuk muat turun.

Laman Bantuan Teknikal untuk Sistem ePelaporan Program j-QAF

Pihak Jurulatih Utama memohon maaf atas ralat yang wujud pada Sistem ePelaporan pada tahun ini. Disebabkan kesuntukan masa, sistem yang dimurnikan tidak dapat diedarkan. Oleh itu pihak pembina sistem telah mewujudkan laman Bantuan Teknikal untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara teknikal berkenaan sistem secara berkala. Sebarang cadangan dan pertanyaan sila klik pada Borang Pertanyaan  yang disediakan pada ruangan Hubungi Kami.

Makluman Terkini: Pengisian Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk Kutipan Oktober 2015

Imej
Untuk Perhatian semua Penyelaras Data Sekolah (Aliran Perdana dan Pendidikan Khas) 1. SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF a.Sistem ePelaporan Program j-QAF akan mengekalkan sistem versi yang digunakan di peringkat sekolah untuk kutipan Jun 2015 iaitu versi Patch_JUN05. b.Sekiranya penyelaras data tidak mempunyai Sistem e-Pelaporan dan patch sistem terbaharu, ia boleh dimuat turun dari Blog http://epelaporanbpi.blogspot.my/ bahagian Muat Turun . c.Kutipan Data e-Pelaporan Program j-QAF menggunakan data yang dikumpul dari data kutipan Jun 2015. Penyelaras Data Sekolah perlu menukar bulan Kutipan dari Jun ke Oktober sebelum mengisi Data bulan Oktober. d.Untuk kutipan data bulan Oktober, semua model perlu diisi kecuali model PAFA. e.Sila membuat semakan kepada Maklumat Guru agar ia adalah maklumat terkini terutama Opsyen Guru. 2. PENGUMPULAN DAN PENGABUNGAN DATA OKTOBER 2015     a.Penyelaras Data Sekolah dan Jurulatih Daerah perlu mengasingkan data

Maklumat Pengisian Data Dalam Sistem ePelaporan

SEMUA PENYELARAS DI DAERAH, SEKOLAH DAN KELAS. Bagi tahun 2015, semua sekolah wajib lapor. Ini bermaksud semua SK, SJK, PPKI di SK, SKPK WAJIB LAPOR. Walaupun ada 1 murid Islam sahaja di sekolah berkenaan. Oleh itu, dalam Sistem ePelaporan terkini PATCH04, untuk kemaskini setiap MODEL PROGRAM j-QAF, TELAH DISEDIAKAN 3 MENU PILIHAN iaitu PERDANA, PPKI dan SKPK. Untuk SK yang TIADA PPKI, klik PERDANA SAHAJA. Bagi SK yang ADA PPKI, untuk kelas ALIRAN PERDANA, PENYELARAS KELAS ITU KLIK MENU PERDANA SAHAJA. JIKA PENYELARAS KELAS ITU MENGEMASKINI DATA PPKI, KLIK PPKI SAHAJA. BAGI SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS (SKPK), MEREKA AKAN KLIK MENU PILIHAN SKPK SAHAJA. Perlu diingatkan, untuk murid Aliran Perdana, item KBS diuji menggunakan M dan BM. Manakala bagi murid KHAS (PPKI dan SKPK), item penilaian menggunakan BM, Skala 1 – 5. SILA PATUHI ARAHAN INI. YANG PALING PENTING, SILA KLIK HANYA BAHAGIAN YANG TERLIBAT DENGAN PELAPORN SEKOLAH ANDA SAHAJA, SILA BACA SEMUA NOTA MAKLUMAN PENTING YG

Patch Terkini Sistem ePelaporan Program j-QAF

Untuk makluman kepada Pengguna, pihak kami menyediakan Fail patch terkini iaitu  Patch04 untuk membaiki ralat  semasa proses import gabung data pd bahagian ujian Diagnostik Jawi dijalankan. Justeru kami telah mengeluarkan Patch04 untuk membaiki ralat berkenaan. Sila dapatkan Patch terkini di laman Muat Turun . Kepada pengguna yang sudah memasang Patch03, usah risau kerana ia tidak menjejaskan data yang sedia ada dalam sistem.

Bahan Tambahan Sistem ePelaporan

Pengguna sistem ePelaporan boleh mendapatkan Installer Sistem ePelaporan dan bahan-bahan tambahan Sistem ePelaporan terkini pada bahagian Muat Turun . Sebarang perubahan tertakluk kepada keperluan semasa dan sila rujuk pada tarikh kemaskini untuk mendapatkan bahan yang baru.

Selamat Datang ke Blog Rasmi ePelaporan

Blog ini diperkenalkan oleh barisan Jurulatih Utama Kebangsaan untuk memudahkan pengguna berkomunikasi secara langsung dengan pihak pembina sistem.